ALOR SETAR - Kecoh di laman-laman sosial hari ini apabila penemuan tanda salib dalam
keychain milik seorang pelajar Kolej Matrikulasi Perlis (KMP)
menimbulkan kekecohan orang ramai khususnya umat Islam.
Menerusi laman sosial, seorang pelajar di kolej tersebut telah memuat
naik beberapa keping gambar mendakwa terdapat lambang salib pada tapak
Keychain yang diberikan oleh pihak KMP khusus untuk pelajar yang
mendaftar pada sesi kemasukan 2015/ 2016.
Tambahnya lagi, dia menyedari lambang salib berkenaan susulan
keychain tersebut terjatuh dan menyebabkan logo KMP tertanggal sehingga
menampakkan bentuk tanda salib di bahagian dalamnya.
Perkara tersebut menjadi trending di laman makro Twitter dan di Facebok apabila netizen menyebarkan maklumat berkaitan gambar keychain bersalib itu.
Bagi mendapatkan jawapan terhadap isu yang boleh mencentuskan
provokasi agama ini, pihak KMP telah tampil dengan memberi
penjelasan berkenaan isu lambang salib tersebut.
Menurut KMP, syarikat pembekal telah memaklumkan bahawa silang yang
seakan lambang salib itu sebenarnya adalah berfungsi sebagai tapak untuk
digamkan logo KMP.
Pihak KMP mahupun pihak pembekal menjelaskan bahawa mereka tiada niat untuk melakukan perkara yang tidak baik.
Bagaimanapun, semua keychain tersebut telah dipungut kembali dan pihak pembekal akan mengantikan dengan yang baru kepada para pelajar di KMP.
Dilaporkan unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengambil langkah
proaktif sejak Ahad 31 Mei 2015 untuk menarik semula keychain yang
dibekalkan.
Kami mengharapkan dengan penjelasan tersebut, maka tiada lagi spekulasi yang bukan-bukan berkaitan isu tersebut. -Kedahnews.com