Khalwat: Putri Mardiana, Pasangan Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

Putri Mardiana
Pelakon, Putri Mardiana dan pasangannya, Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam atas tuduhan berkhalwat di sebuah premis kediaman pada 14 Disember tahun lalu.

Mereka membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin.

Berikutan itu, Shaiful Azli memerintahkan kedua-dua tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500 dan kes berkenaan akan disebut semula pada 25 Ogos depan selain diminta untuk melantik peguam bela bagi mewakili mereka dalam kes berkenaan.

Menurut keterangan kes, Putri Mardiana dan Shahrizam telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 14 Disember tahun lalu.

12_hoyn_silikonpuppe

Pasangan ini kemudian ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. -Kedahnews.com