Anggota bomba berusaha memadam kebakaran. |
ALOR SETAR - Sebuah kilang memproses makanan laut di Kampung Sematang
Pinang, Kuala Kedah mengalami kerugian mencecah lebih RM350,000 susulan
kebakaran yang berlaku awal pagi semalam.
Difahamkan, sewaktu kejadian berlaku, beberapa orang pekerja berada dalam kilang berkenaan namun mereka sempat menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Jamalludin Mat Yusop berkata, mereka menerima panggilan kira-kira jam 10.10 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi sekitar jam 10.26 pagi.
“Sewaktu sampai, api sedang marak dan usaha memadam kebakaran segera dilakukan dengan kekuatan 14 anggota bomba serta 56 bomba sukarela.
“Antara Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terlibat iaitu Jalan Raja dan Alor Setar. Manakala pasukan bomba sukarela dari Seberang Nyonya, Simpang Empat, Jalan Kundur, Taman Mutiara, Kampung Berjaya, Jalan Kilang Tebu dan Kuala Kedah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Jamalludin berkata, kebakaran melibatkan hampir 40 peratus dari bahagian keseluruhan kilang berkenaan.
“Selain dari bangunan dan peralatan kilang, dipercayai lebih 20 motosikal milik pekerja turut rentung dalam kebakaran itu,” katanya.
Katanya, api berjaya dikawal dalam tempoh sembilan minit kemudian hasil usaha dan kerjasama daripada semua yang terlibat.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan. Hasil maklumat awal dipercayai kilang itu tidak menekankan ciri keselamatan dan tidak mempunyai insurans. Perkara ini juga turut disiasat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian