Gambar Hiasan: "Kebal" |
TINDAKAN beberapa portal propembangkang menyiarkan pelbagai tuduhan, tohmahan dan fitnah kepada kerajaan serta memutarbelitkan sesuatu berita bukanlah perkara baharu, malah sudah entah beribu kali berlaku.
Malangnya sebut sahaja sama ada Malaysiakini, The Malaysian Insider, Sarawak Report atau The Edge, media-media ini seolah-olah mempunyai kekebalan sendiri apabila tiada tindakan diambil oleh mana-mana pihak terhadap kebiadaban mereka memanupulasi atau memutarbelitkan berita.
Walaupun mereka mengetahui sesuatu berita itu akhirnya terbukti tidak betul atau salah, namun tiada keinsafan untuk memohon maaf atau menarik balik berita atau artikel yang disiarkan. Mereka seolah-olah bersikap, ‘apa kau orang boleh buat’.
Selain isu 1MDB, dalam kes pembelian hartanah oleh Mara di Australia, The Malaysian Insider dan Malaysiakini dengan sewenang-wenangnya memutarbelitkan kenyataan Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa melalui tajuk berita, ‘Annuar: PM lulus urusan beli hartanah Mara’, sedangkan dalam sidang akhbar yang diadakan Annuar sama sekali tidak menyebut nama mana-mana individu.
Itu hanya salah satu kes yang menunjukkan bagaimana biadabnya kedua-dua portal berita berkenaan memutarbelitkan sesuatu berita mengikut kepentingan mereka tanpa mengambil kira apa kesannya kepada negara.
Begitu juga dengan Sarawak Report yang begitu beria-ia menyerang kerajaan dalam isu 1MDB tetapi apabila terbukti mereka mendapat bahan daripada sumber yang meragukan, portal berita tersebut mengamalkan sikap ‘pekakkan telinga, butakan mata, tutupkan hati’ untuk menerima kebenaran.
Kesemua portal ini menganggap mereka mempunyai kebebasan mutlak. Sebagai media atau wartawan mereka berhak menulis apa sahaja apatah lagi jika boleh memburuk-burukkan imej kerajaan.
Persoalannya sampai bilakah, ketiga-tiga portal berita ini harus dibiarkan ‘bermaharajalela’ dengan menyiarkan berita-berita yang boleh menjejaskan imej kerajaan dan negara? Tidak salah kalau mereka melaporkan perkara yang betul tetapi acap kali kita dapati mereka hanya menyiarkan berita yang bukan sahaja meragukan tetapi palsu serta berdasarkan kepada fakta tidak betul.
Walaupun kita mengetahui mereka cenderung menyokong pembangkang, namun itu hak mereka untuk menyebelahi sesiapa yang diinginkan, tetapi janganlah sampai menjadi ‘balaci’ untuk menyebarkan fitnah, tohmahan dan tuduhan tidak berasas kepada kerajaan dengan memutarbelitkan sesuatu berita.
‘Satu kehebatan’ portal-portal tersebut ialah menyiarkan sesuatu berita dan kemudiannya membiarkan pembaca mereka membuat sebarang ulasan dengan peringatan portal berita itu tidak bertanggungjawab. Sama ada pembaca mereka akan mengutuk, memaki-hamun atau mencerca mana-mana pihak, portal berita tersebut akan menjawab, “kami tidak bertanggungjawab”.
Demikianlah begitu mudahnya, mereka mempermainkan dunia kewartawanan dan memperalatkan dunia tanpa sempadan melalui perkembangan teknologi maklumat. Tetapi apa yang menjadi persoalan kenapakah tidak ada tindakan oleh pihak berkuasa terhadap portal-portal berkenaan?
Apakah mereka benar-benar berpengaruh atau ‘kebal’ sehinggakan tiada mana-mana agensi yang berani mengambil tindakan terhadap kebiadaban mereka memutar belitkan sesuatu berita? Atau adakah pihak tertentu bimbang kerajaan akan dituduh menyekat kebebasan media?
Kebebasan ada hadnya, selagi kebebasan itu digunakan demi untuk kebaikan rakyat dan membangunkan negara, silakan… tiada siapa yang melarang. Tetapi kebebasan yang diamalkan oleh portal-portal berita itu ada ketika sudah melampaui batas sehingga boleh menjejaskan imej negara.
Kita tidak tahu siapa di belakang portal-portal berita tersebut yang dilihat mempunyai keberanian luar biasa untuk menyeleweng atau memesong sesuatu fakta dalam pemberitaan mereka tetapi yang pasti jika portal-portal seumpama itu tidak diberi pengajaran supaya melaksanakan tugas kewartawanan dengan bertanggungjawab selagi itulah, mereka bagaikan ‘hantu raya tidak bertuan’.
Diharapkan agensi atau kementerian yang terlibat tidak mengamalkan sikap toleransi tidak bertempat dalam berhadapan dengan kebiadaban portal-portal berita berkenaan kerana sesuatu tindakan mereka pasti ada agendanya? Apakah agenda itu? Semua orang tahu.
Sumber: Utusan