Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un dan para saintis negaranya |
Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un mendakwa negaranya memiliki penawar bagi penyakit pembunuh AIDS, yang sebelum ini gagal
ditemui oleh saintis-saintis terkemuka dunia yang lain.
Bukan itu saja, dengan terhasilnya satu ubat itu, beliau juga mendakwa ia
boleh menyembuh pelbagai wabak atau penyakit maut lain yang pernah melanda
seluruh dunia antaraya Ebola, SARS dan paling baharu iaitu MERS.
Difahamkan bahawa beliau dan para saintis negara komunis itu juga dilaporkan sedang mengembangkan ubat dikenali sebagai ‘Kumdang-2‘ yang dibuat daripada herba serta campuran bahan yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.
Pemerintah rejim Pyonyang itu mendakwa ianya adalah ubat yang sama
dikatakan boleh menyembuh penyakit H5N1 atau disebut selesema burung
yang pernah menular rantau Asia timur sekitar tahun 2006 dan 2013.
Laporan itu dikeluarkan ketika jirannya, Korea Selatan kini bertarung
dengan wabak MERS yang telah meragut 12 nyawa serta penularan di
Thailand yang menyebabkan separuh daripada kakitangan hospital terpaksa
dikuarantin.
"Menarik"nya, negara komunis itu sendiri kini dilaporkan sedang mengalami musim kemarau
teruk dalam abad ini dan berita dikeluarkan itu mungkin hanya untuk
mengalih perhatian terhadap masalah yang dihadapi Korea Utara waktu ini.
Pertubuhan Bangsa Bersatu juga telah memberi amaran bahawa bekalan
makanan negara diktator itu mungkin akan terjejas dengan teruk selepas
didapati 30% daripada sawah padi di Korea Utara musnah. -Kedahnews.com