Lady Gaga semakin berisi sejak kebelakangan ini.
Penyanyi wanita yang terkenal dengan imej pelik, Lady Gaga baru-baru ini menepis dakwaan yang mengatakan bahawa dia kini sedang sedang hamil gara-gara perubahan badannya yang semakin berisi.

E! Online melaporkan bahawa pelantun lagu Poker Face itu semakin gemuk dan ramai pihak beranggapan bahawa Gaga sedang mengandung anak Taylor Kinney.

"Penampilan Gaga dilihat berisi jika hendak dibandingkan dengan awal kemunculannya dahulu dan dia juga mengakui bahawa berat badannya makin bertambah.

"Gaga juga menjelaskan bahawa berat badannya naik bukan disebabkan oleh dirinya hamil," ujar pihak penggurusan Gaga.

Terdahulu, Gaga dan tunangnya Taylor Kinney dilaporkan akan segera melangsungkan perkahwinan selepas mengikat tali pertunangan pada 14 Februari lalu.

Bagaimanapun sumber memberitahu pasangan itu masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk melangsungkan perkahwinan mereka. -Kedahnews.com