"MACAM mana saya nak menang jika mereka (Kesatuan
Olahraga Malaysia) tidak hantar saya ke kejohanan luar negara dan hanya
berlari seorang diri di Kompleks Sukan Bukit Jalil," demikian keluh M
Kesavan.
Beliau gagal meraih pingat di Sukan Sea di sini dalam acara 800 meter final semalam di Stadium Nasional Singapura.
Kesavan, 22, hanya menduduki tempat keempat dengan catatan masa 1 minit dan 53.30 saat. Pingat emas milik Duong Van Thai dari Vietnam (1:51.43s), pingat perak pelari Filipina, Guarte Mervin (1:51.47s) dan pingat gangsa milik Yaprajan Yothin dari Thailand (1:52.32s).
"Semalam saya gagal mengatasi pelari lain kerana saya tidak dapat membaca gerak mereka walaupun saya berjaya mendahului pada awal perlumbaan.
"Mereka lebih bijak mengatur strategi apabila hanya membuat pecutan pada jarak 300 meter terakhir, menyebabkan saya tercungap-cungap di belakang dan tidak mampu mengejar kerana kehabisan tenaga," katanya kepada Bernama, merujuk dirinya yang kurang berpengalaman.
Atlet dari Kampar, Perak ini berkata, selama ini beliau hanya mengikuti kejohanan dalam negara dan hanya sekali sahaja diberi peluang untuk mengikuti kejohanan luar iaitu Kejohanan Olahraga Terbuka Jemputan Filipina 2015 pada 19 Mac lalu.
Di kejohanan itu Kesevan meraih gangsa dengan catatan 1:51.98s.
"Saya kecewa kerana tidak diberi peluang untuk mengikuti kejohanan luar kerana hanya dengan cara itu seorang atlet olahraga dapat memperbaiki persembahan mereka dan bukan hanya berlatih secara bersendirian," katanya dengan nada kesal.
Beliau berharap diberi lebih banyak pendedahan dengan mengikuti kejohanan di luar negara selepas ini bagi memperbaiki mutu persembahannya. - Bernama