ALOR SETAR – Lebih 100 meter air di premis perniagaan dekat Kanchut, di
sini, hilang dipercayai dicuri individu tidak bertanggungjawab.
Difahamkan, masalah terbabit sudah berlarutan sejak lebih setahun lalu membabitkan meter air jenis tembaga.
Kebanyakan pemilik premis berkenaan ketika ditemui bimbang dan kesal terhadap insiden kecurian berkenaan.
Masing-masing yang memulakan operasi sejak lebih tiga tahun menyifatkan ia masalah yang amat serius dan perlu tindakan pengawalan segera daripada pihak berkenaan.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati kebanyakan peniaga terpaksa membuat sambungan haram atau secara terus bagi mendapatkan bekalan air.
Malek (bukan nama sebenar), 45, berkata, mereka terpaksa membuat paip sambungan terus bagi mengelak kehilangan meter air berulang.
“Kami perlu bayar lebih RM100 untuk mendapatkan semula meter air gantian. Tetapi kalau kami bayar, kemudian ia hilang lagi, siapa yang rugi.

“Maka kami terpaksa buat sambungan terus untuk membolehkan kami mendapat bekalan air,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bantuan Bertindak Kedah (PBBK), Thana Chew Ne Meng berkata, masalah kehilangan meter air adalah perkara serius dan perlu diatasi segera.

“Saya mendapati masalah ini sudah lama berlaku tetapi sampai sekarang tiada tindakan dilakukan pihak berkaitan.
“Sepatutnya meter gantian untuk kali pertama adalah percuma tetapi saya difahamkan pihak berkenaan mengenakan bayaran lebih RM100 kepada pengguna,” katanya.
Menurutnya, caj pemasangan semula meter air tidak sepatutnya dikenakan kerana ia merupakan tanggungjawab pihak berkenaan untuk memastikan tidak dicuri.
“Pihak PBBK mencadangkan supaya setiap meter air di premis perniagaan ditutup menggunakan peti khas atau dibuat pemasangan pagar untuk mengelak insiden kecurian berulang.
“Cadangan ini mungkin boleh dipertimbangkan pihak berkenaan dan boleh dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan,” katanya.
Katanya, perkara itu secara tidak langsung dapat membantu menangani insiden kecurian meter air berulang.
Sumber: Sinar Harian