Zhao Wei |
ALOR SETAR - Tidak tahulah apa yang bersarang di fikiran seorang lelaki di Shanghai yang dilapor telah memfailkan saman terhadap seorang
pelakon wanita popular di China yang dikatakan merenungnya melalui kaca
televisyen!
Pelakon wanita "malang" yang disaman itu merupakan aktres jelita, Zhao Wei, yang sebelum ini terkenal melalui filem aksi komedi Shaolin Soccer dan So Close.
Lelaki tersebut menuduh renungan Zhoa Wei telah membuatkan rohani
atau dalaman dirinya meracau dan kini menuntut ganti rugi di Mahkamah
Rakyat Daerah Baru Shanghai Pudong.
Mungkin tidak dinafikan bahawa pelakon berbakat besar itu punyai renungan mata
yang sangat menawan, tapi agak tidak logik sekiranya dengan hanya tenungan
menerusi kaca televisyen maka pelakon tersebut tiba-tiba didakwa sebegitu, bukan?
Menurut sumber media di negara itu, mahkamah di Shanghai banyak menerima kes pelik sejak beberapa bulan lalu dan tidak mustahil perkara yang sama akan menular ke negara kita tidak lama lagi. - Kedahnews.com