ALOR SETAR - Seekor gajah dilapor telah menyebabkan kematian seorang lelaki apabila menikam mangsa dengan menggunakan gadingnya ketika mangsa sedang
makan malam di sebuah restoran tepi pantai di timur Thailand, baru-baru
ini.
Lelaki berusia 28 tahun yang merupakan seorang rakyat Thai itu merupakan pekerja syarikat
telekomunikasi tempatan meninggal dunia di hospital sementara seorang lagi
rakannya tercedera akibat serangan daripada gajah terbabit.
Menurut anggota polis yang bertugas, mangsa dan rakannya dikatakan
berbual-bual dengan penjaga gajah terbabit tentang membeli makanan untuk
gajah di restoran berkenaan dan tiba-tiba gajah yang berada berhampiran premis itu menusuk dada mangsa serta menendang
rakannya.
Akibat insiden itu, penjaga gajah itu telah didakwa atas kesalahan
melanggar undang-undang kebajikan haiwan di negara itu, termasuk kecuaiannya
menyebabkan kematian.
Menurut laporan AFP, penjaga gajah terlibat sudah dilepaskan dan gajah itu masih lagi berada di bawah jagaannya.
Kesalahan kecuaian sehingga menyebabkan kematian boleh dikenakan
hukuman penjara selama 10 tahun dan denda 20,000 baht (RM2,225). -Kedahnews.com