SUNGAI PETANI – Anisah Nawi, 38, yang menghidap sakit buah pinggang dan
jangkitan kuman meninggal dunia di rumahnya dekat Bandar Puteri Jaya,
di sini, petang kelmarin selepas koma hampir tiga bulan.
Ibunya, Zaharah Hussain, 54, yang menerima berita itu dari Kelantan bergegas pulang ke Sungai Petani selepas dimaklumkan menantu (suami Anisah), Hamzah Yusof, 38, berita kematian terbabit.
“Walaupun masih koma, sebelum ini, Anisah ada menunjukkan reaksi ketika bersembang.
“Sebelum makcik nak balik Kelantan, makcik ada memaklumkan kepadanya nak balik sekejap melihat rumah yang lama sudah tinggalkan tetapi dia cuba menggeleng-geleng kepala tanda tidak setuju.
“Apabila ditanya mahu bapanya (suami Zaharah) datang ke Sungai Petani, dia mengangguk-anggukkan kepala,” katanya menjelaskan hasrat arwah mahu berjumpa bapanya tidak kesampaian apabila dia terlebih dahulu menjemput Ilahi.
Katanya, biarpun menerima berita itu secara mengejut, namun mereka sekeluarga reda dengan pemergian Anisah dan berdoa agar arwah tenang di sana.
"Arwah yang koma baru sahaja dibawa pulang ke rumah tiga minggu lalu sebelum ditahan di hospital hampir dua bulan," katanya.
Akhbar ini pernah menyiarkan kisah Hamzah yang memerlukan bantuan katil khas untuk Anisah setelah doktor membenarkan dia dibawa pulang.
Kemudian, Sinar Harian 30 Mei lalu menyiarkan seorang hamba ALLAH bermurah hati mewakafkan katil itu kepada Anisah setelah katil itu tidak lagi digunakan apabila ahli keluarga yang sebelum ini menggunakan kemudahan itu telah meninggal dunia.

Dia yang terbaca kisah Anisah terus menghubungi Sinar Harian bagi urusan penghantaran katil tersebut bagi membolehkan Anisah dibawa pulang.
Hasil perkongsian hidup Anisah dengan Hamzah dikurniakan tiga anak berusia antara enam hingga 15 tahun.
Jenazah Anisah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani kira-kira 10 pagi semalam.