Di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini nyata memberi berita gembira buat
pelakon muslimah kelahiran Indonesia, Oki Setiana Dewi, yang kini
dikhabarkan hamil kembali setelah baru enam bulan melahirkan cahaya mata
sulungnya.
“Aku hamil lagi, usianya 7 minggu. Mariam umurnya sekarang sudah 6,5 bulan. Alhamdulillah, berkah Ramadan,” kata Oki.
Melihat jarak kehamilan anak pertama dan anak kedua yang sangat
dekat, bintang yang terkenal menerusi filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ ini
menjelaskan bahawa kehamilannya itu sememangnya sudah dirancang.
“Sebenarnya, programnya akhir tahun setelah Lebaran Haji, ingin akhir
tahun punya adik lagi. Cuma Allah memberikan rezekinya sekarang,
alhamdulillah memang niatnya anak pertama dan kedua jaraknya
berdekatan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Oki mengakui Ramadhan kali ini dirinya tidak sekuat
yang disangkakan untuk berpuasa kerana perlu menyusukan anaknya sambil
‘membawa perut’.
"Tahun lalu saya cuba berpuasa meski hamil lima bulan. Saya berpuasa
ketika tidak menjalani penggambaran sinetron selama empat hari.
"Tapi
ternyata tahun ini lebih berat kerana pengambilan nutrient pada badan
ini harus dibahagi tiga, Oki, bayi dalam perut dan Maryam,” katanya.
Maryam yang dinyatakan Oki itu ialah anak pertamanya, Maryam Nusaibah Abdullah.
Bagaimanapun, Oki bersyukur bersyukur kerana Islam memberi kelonggaran berpuasa khusus untuk ibu yang hamil dan menyusui bayi. -Kedahnews.com