Mahasiswi Cun Sanggup Kerja "Cleaner" Di Stesen Kereta Api


ALOR SETAR - Jika dilihat daripada wajahnya yang cantik, rasanya memang tidak sukar bagi gadis ini bergelar seorang model mahupun pelakon.

Namun mungkin kerana peluang kerja yang terhad di Medan, Indonesia dan demi menampung kos membayar yuran pengajiannya, mahasiswi cantik itu sanggup bekerja menjadi pembersih di stesen kereta api di Medan, Indonesia.

Persepsi masyarakat sekeliling di Malaysia mungkin menganggap kerja sebagai petugas kebersihan atau "cleaner" dianggap tidak cool, kotor dan sering dipandang rendah, khususnya di kalangan anak-anak muda.

Namun berlainan dengan Duma Mariana Simanjutak yang berusia 19 tahun dan merupakan seorang mahasiswi sebuah pusat pengajian tinggi bidang ekonomi di Medan ini, dia ternyata tidak malu dengan pekerjaan halal yang dilakukan untuk mencari sesuap nasi.

Duma bertugas membersihkan kawasan sekitar stesen tersebut dan juga mencuci bilik air yang disediakan di premis kereta api itu.

Dia mendapat perhatian media di negara jiran itu ekoran sikapnya yang tidak mempedulikan persepsi negatif yang menjadi 'taboo' bagi ramai pihak dan berusaha keras dengan pekerjaan halal yang dianggap kotor demi mengejar cita-citanya.

Ekoran itu, nama Duma Mariana kini dilaporkan viral di seluruh dunia. - Kedahnews.com