Bumbung zink rumah Rzumi yang rosak diterbangkan angin kencang. |
KULIM - Seorang mangsa ribut di Kampung Bukit Ketemeng, Merbau Pulas, di
sini, merayu supaya rumah pusakanya yang rosak disebabkan bencana
berkenaan dibaiki segera.
Rzumi Awang, 51, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Ahad lalu, hampir keseluruhan bumbung termasuk di bahagian dapur dan dua bilik tidur rumah pusaka berusia 40 tahun itu rosak diterbangkan angin.
"Masa itu, isteri dan ibu ke rumah kenduri dan hanya dua anak lelaki kami ada di rumah, mereka yang beritahu mengenai kejadian itu.
"Bila saya balik, saya lihat zink dari bahagian dapur dan dua bilik tidur bersepah di halaman rumah dan ada yang jatuh atas kereta," katanya.
Menurutnya, semua barang dalam dapur dan bilik seperti perkakas elektrik, tilam serta pakaian basah terkena hujan dan tidak dapat diselamatkan.
"Kami sekeluarga tinggal bertujuh di rumah ini bersama ibu yang makin uzur. Disebabkan kejadian ini, kami sekeluarga terpaksa tinggal bersesak di ruang tamu.
"Saya kerja buat batu nisan dan pendapatan tak menentu. Jadi, agak sukar untuk saya baiki bumbung rumah ini yang kosnya dianggarkan kira-kira RM5,000," katanya.
Dalam pada itu, Rzumi berharap ada pihak yang dapat membantu membaiki semula kerosakan yang dialaminya untuk membolehkan mereka hidup selesa seperti sedia kala.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim, Mohamad Zarir Mohamad Khozali berkata, pihaknya akan mempertimbangkan bantuan kepada mangsa ribut tersebut dengan kadar segera.
“Kita akan melakukan pemeriksaan dan mencari penyelesaian untuk memberi bantuan segera untuk kes seperti ini.
"Bagi mangsa yang lain kita akan mengambil masa selama sebulan untuk menyiasat dan memberi sedikit sumbangan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian