SHAH ALAM - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu
melahirkan rasa optimis untuk mengekalkan jawatannya dalam pemilihan
parti bagi sesi 2015-2017 pada Muktamar Tahunan PAS Pusat di Kuala
Selangor, Khamis.
"Saya tidak berani kata apa...harapan ada insya-Allah," katanya ringkas ketika ditanya tentang peluang mempertahankan jawatan yang disandangnya selama tiga penggal berturut-turut.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, terdahulu merasmikan Muktamar Muslimat PAS Ke-55, di sini Khamis.
Pada pemilihan Khamis, jawatan nombor dua parti itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mat Sabu dengan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sementara itu, Tuan Ibrahim ketika ditemui Bernama di Muktamar Dewan Ulama PAS di Taman Melewar, Gombak menyifatkan peluang yang seimbang antara beliau dan Mohamad untuk memenangi jawatan itu.
"Saya rasa peluang 50-50 untuk menang...saya menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukannya," katanya.
Selain jawatan timbalan presiden, jawatan presiden juga menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan bekas Naib Presiden Ahmad Awang.
Jawatan naib presiden yang memperuntukkan tiga kerusi akan direbut enam calon termasuk dua penyandang.
Lebih 1,000 perwakilan akan menentukan barisan kepimpinan parti itu bagi sesi 2015-2017.- BERNAMA