Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama anak-anak Permata negara |
ALOR SETAR - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditegaskan tidak terlibat langsung dalam sebarang urusan membuat keputusan dalam polisi program Permata kerana beliau hanyalah merupakan penaung program tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan bahawa peranan penaung tidak melibatkan sebarang isu pentadbiran, pengurusan kewangan dan beberapa program yang merupakan bidang kuasa penjawat awam.
"Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung tidak terlibat sebarang pembuat keputusan berkaitan dengan sebarang polisi melibatkan program Permata," katanya dalam satu jawapan bertulis Dewan Rakyat kepada Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, yang dipetik dari The Malaysian Insider.
Pihak pembangkang sebelum ini menjadikan Program Permata sebagai bahan serangan politik dan mendakwa operasi program tersebut kononnya tidak telus meskipun dakwaan tersebut dibuat tanpa sebarang bukti yang kukuh.
Shahidan dalam jawapannya turut menjelaskan kepada ahli parlimen pembangkang itu bahawa Permata menerima RM51.25 juta peruntukan tahun ini untuk semua programnya termasuk Permata Pintar, Permata Insan, Permata Seni dan 88 pusat kanak-kanak Permata negara.
"Beliau ditugaskan menyokong, mempromosi dan memberi kesedaran dalam setiap program Permata.
"Sebagai penaung beliau berjaya mengambil alih Permata untuk ke peringkat tertinggi dan ini termasuk penghargaan antarabangsa dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak istimewa," kata Shahidan menjelaskan peranan sebenar isteri Perdana Menteri yang sering ditohmah pihak pembangkang itu.
Bulan lalu misalnya, Rosmah dilapor mengatakan bahawa program Permata antara lain telah berjaya melahirkan remaja berdikari.
Bagaimanapun, pihak pembangkang lantang mengkritik program tersebut dan menuduh ia hanya ditujukan kepada kanak-kanak dari keluarga mewah, meskipun kanak-kanak yang terlibat dengan program tersebut rata-ratanya terdiri dari golongan kurang berkemampuan dan sederhana, namun diberi peluang mengikuti program berkualiti. -Kedahnews.com