Mini Cooper Hadiah Sehati Berdansa Vee-Rashidi Terbakar

Kereta Mini Cooper yang dimenangi Vee-Rashidi dari program realiti Sehati Berdansa hangus terbakar
Para peminat industri hiburan tanahair hari ini digemparkan dengan nahas kemalangan yang menimpa pelakon Vanidah Imran apabila kereta Mini Cooper yang dipandunya secara tiba-tiba terbakar, dekat Sungai Besi kira-kira jam 3 pagi tadi.

Difahamkan bahawa kejadian itu berlaku ketika Vanidah sedang dalam perjalanan pulang dari set penggambaran sebuah drama di Serdang.

1 (1)

Suami Vanidah yang juga seorang pelakon, Rashidi memaklumkan bahawa isterinya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


1 (1) (1) (1)
“Dia tak apa-apa, masih tidur lagi. Alhamdulillah dia terselamat daripada sebarang kecelakaan. Cuma sedikit trauma dengan apa yang terjadi. Kereta itu memang rosak dan hancur teruk selepas terbakar.

“Punca kereta boleh terbakar tidak diketahui dan kami menyerahkan kepada pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan. Kami juga sudah membuat laporan polis di Puchong,” katanya yang dpetik dari Berita Harian.


Tambah Rashidi, dia kemudian bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat panggilan daripada isterinya itu.

Kereta Mini Cooper yang dipandu Vanidah itu dikatakan adalah merupakan hadiah yang dimenangi ketika dia dan suami menjuarai pertandingan Sehati Berdansa musim pertama yang disiarkan stesen Astro pada tahun 2007. -Kedahnews.com