Bagaikan tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba nama Miss Universe Malaysia
2014, Sabrina Beneett heboh diperkatakan ramai apabila didakwa tidak
mempunyai attitude yang bagus.
Desas-desus mengenai cerita ini timbul apabila pihak Murai.com menerima aduan daripada orang yang mahukan keadilan buat rakannya yang teraniaya dengan ratu cantik itu.
Menurut pengadu, Sabrina dikatakan meminjam dua pasang gaun malam
daripada label Sposa by Rizky untuk digayakan semasa acara grand finale
Miss Universe Malaysia 2015 yang berlangsung awal Mei lalu.
Bagaimanapun, semenjak berakhirnya majlis itu hingga hari ini,
kelibat gadis 24 tahun itu langsung tidak kelihat dan dua gaun itu masih
belum dikembali kepada pihak Sposa by Rizky.
Peliknya, wakil Sposa by Rizky juga turut cuba menghubungi Sabrina
beberapa kali namun tidak menerima sebarang jawapan mahupun respon
daripada jelitawan itu.
Hal itu sekali gus membuatkan si pengadu berasa geram dan tidak puas
hati terhadap Sabrina yang tidak melambangkan gelaran yang dipegang.
Sekiranya dakwaan tersebut benar, Sabrina sebagai Miss Universe Malaysia 2014 perlulah
menunjukkan nilai-nilai murni agar menjadi contoh yang baik kepada
anak-anak muda.
Namun, kami pasti Sabrina mempunyai alasan yang kukuh mengapa dia bertindak sedemikian.-Kedahnews.com