Muslimah Berani Seranah, Baling Kasut Pada Syiah!

ALOR SETAR - Sidang akhbar delegasi Syiah Al-Houti dikejutkan oleh seorang muslimah yang bertindak berani membaling kasutnya kepada wakil jurucakap pemberontak itu ketika sedang berucap di depan media baru-baru ini.

Dalam kejadian di bandar Geneva, Switzerland itu, puak Syiah Al-Houti yang dianggap sebagai puak penjenayah dan berlaku zalim terhadap kanak-kanak Islam di Yaman turut diseranah muslimah tersebut.

Puak berkenaan dilaporkan telah menindas termasuk membunuh kanak-kanak di wilayah konflik di Yaman sebelum negara berkenaan diserang Arab Saudi dalam operasi ketenteraan serantau Arab bermula 26 Mac lalu.


Sidang akhbar tersebut terpaksa dihentikan buat seketika ekoran beberapa lelaki yang menyokong kerajaan Yaman yang sah turut sama mencerca delegasi Syiah Al-Houti yang diketuai oleh Hamza Al-Houthi itu.

Meskipun cuba diredakan oleh beberapa pihak di majlis sidang akhbar itu, berlaku sedikit kekecohan dan insiden membabitkan pergaduhan fizikal di antara penyokong kerajaan Yaman dengan delegasi tersebut. -Kedahnews.com