PUTRAJAYA – YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak
(@najibrazak) telah berikrar sebagai penderma organ yang turut
disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa
(@dralihamsa) dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan
Sri Farida Mohd Ali semasa Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat
Belas dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam di Putrajaya pada 17
Jun 2015.
lkrar ini memberi sinar harapan kepada Iebih 19,000 pesakit yang memerlukan organ di Malaysia.
Beberapa Menteri Kabinet juga telah berikrar sebelum ini antaranya YB
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, YB Datuk Seri LiowTiong Lai, YB Datuk
Seri Mustapha Mohamed, YB Datuk Seri Shahidan Kassim dan YB En Khairy
Jamaluddin.
lkrar derma organ bererti seseorang melahirkan hasrat untuk menderma
organ selepas meninggal dunia.
Seseorang yang telah berikrar
dinasihatkan untuk memberitahu ahli keluarga terdekat mengenai hasratnya
kerana berdasarkan peruntukan Akta Tisu Manusia 1974, hanya ahli
keluarga sahaja yang berhak untuk memberi kebenaran untuk menderma organ
simati pada saat kematian.
Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada tahun
1970 telah mengharuskan pendermaan organ.
lkrar YAB Perdana Menteri dan pemimpin – pemimpin lain memberi
harapan kepada Iebih 19,000 pesakit yang memerlukan. Rakyat Malaysia
disarankan untuk menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan cara hidup
yang sihat bagi mengelak penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis
dan darah tinggi seterusnya mengelak penyakit kegagalan organ seperti
buah pinggang.
Kementerian Kesihatan menghargai sumbangan dan sokongan pemimpin
tanah air terhadap kempen derma organ yang dijalankan oleh pihak
Kementerian.Saya berharap agar Iebih ramai akan tampil kehadapan secara
sukarela bagi membantu pesakit yang memerlukan.
Maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai derma organ boleh didapati di www.dermaorgan.gov.my atau www.facebook.com/dermaorgan.
#dermaorgan #persadatransformasi
DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman B. Abdul Rahman
Tel : 03-88833470
Emel : n.suzaman@moh.gov.my
Nama : Nor Suzaman B. Abdul Rahman
Tel : 03-88833470
Emel : n.suzaman@moh.gov.my
– BERNAMA