Percaya atau tidak, seorang nenek yang berusia 58 tahun mendakwa dia sepatutnya menjadi model Vouge dan berjaya dalam karier peragawati namun ia terhalang kononnya kerana dia mengalami ketagihan terhadap gula.
Lebih membuat Kedahnews.com tersengih-sengih, Stephanie Arnott, yang memiliki anak perempuan berusia 38 tahun itu turut mengataka bahawa kecantikan serta kejelitaannya juga mampu membuat ramai kaum lelaki menangis di depan isteri mereka.
Dalam satu wawancara di sebuah program televisyen di Britain, Stephanie menjelaskan bahawa ramai juga pemanda lelaki yang kemalangan gara-gara terpandang dirinya yang "gorgeous", "menarik" dan "menggoda" itu.
Bagi membuktikan dakwaan yang dibuat oleh Stephanie, pengacara program berkenaan telah meminta wanita itu berjalan sebentar di luar studio sebelum mereka ke udara.
Namun hasilnya telah membuatkan Stephanie terkedu apabila mendapati tiada seorang lelaki pun yang memandangnya, tiada kemalangan berlaku, malah langsung tiada pun lelaki yang menangis kerananya seperti didakwa.
Senario itu telah menyebabkan pengacara program tersebut bertanya kepada nenek itu tentang “apa yang sudah terjadi?” dan dia dengan malunya menyatakan “saya tidak tahu” selepas menonton rakaman itu.
Bagaimanapun, Stephanie tetap mempertahankan ceritanya memberitahu kejadian yang membuatkan seorang pemandu lelaki mengalami kemalangan kerana melihatnya sebenarnya berlaku ketika dia sedang bersama seorang rakan kira-kira 12 tahun lalu.
Sumber turut membuat kajian tentang kecantikan yang dimiliki oleh Stephanie, namun malang rata-rata responden langsung tidak tertarik dengan nenek itu.