Nik Abduh Umum Nama Kepimpinan Pemuda PAS Baru

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengumumkan barisan kepimpinannya hari ini yang didakwa terdiri daripada kombinasi ahli agama, profesional dan aktivis.

Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perkara itu diputuskan pada satu mesyuarat semalam di Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

“Mesyuarat berlangsung dalam suasana mahabbah dan penuh ukhuwah. Kami pada mesyuarat tersebut telah menyempurnakan perlantikan Jawatankuasa Harian DPPM dengan taklifan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Barisan kepimpinan DPPM bagi sesi 2015-2017 seperti berikut:

Ketua Pemuda: Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pengerusi Lajnah Politik)

Timbalan Ketua Pemuda: Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pengerusi Lajnah Antarabangsa)

Naib Ketua Pemuda: Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin (Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda)

Setiausaha: Ustaz Afnan Hamimi Taib Azzamuddin (Pengerusi Majlis Setiausaha Pemuda (Sekretariat)

Bendahari: Muhtar Suhaili

Ketua Penerangan: Ustaz Ahmad Fadhli Shaari

Pengarah Pilihanraya Pemuda: Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim

Penolong Setiausaha: Nurul Islam Mohamed Yusoff
Penolong Setiausaha 2: Damanhuri Dol
Penolong Setiausaha 3: Eikhwan Ali

“Pihak kami akan menyempurnakan perlantikan penuh jawatankuasa dan portfolio pada mesyuarat kedua DPPM,” kata Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan. -Kedahnews.com