Operasi Tembak Gagak Setiap Ahad Mula Bulan Depan

Gambar Hiasan
GEORGETOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan menjalankan operasi menembak gagak di bahagian pulau negeri ini mulai bulan depan sehingga Disember.

MBPP dalam kenyataan semalam berkata operasi dari pukul 7 pagi hingga 8 malam setiap Ahad itu akan dijalankan di kawasan laluan, pendaratan, perhentian dan pembiakan utama burung gagak.

Program itu adalah sebahagian daripada usaha MBPP untuk mengurangkan populasi burung gagak di kawasan pulau, menurut kenyataan itu.

Menurut MBPP, semasa operasi berlangsung, akan berlaku gangguan bising berikutan bunyi tembakan senapang yang digunakan dan berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program berkenaan.

Program menembak burung gagak diadakan setiap tahun sejak 1998 dengan kerjasama Kelab Menembak Pulau Pinang. – BERNAMA