Dahlan Seleman, 72, tidak mampu bekerja kerana mengidap pelbagai penyakit termasuk lelah selain terpaksa menjaga isterinya, Hadijah Shaari, 69, yang sakit. |
KULIM - Sepasang warga emas yang tinggal di sebuah rumah sewa di Kampung
Kemunting, Karangan di sini memohon bantuan tambahan bagi menyara hidup
mereka berdua.
Dahlan Seleman, 72, tidak mampu bekerja kerana mengidap pelbagai penyakit termasuk lelah selain terpaksa menjaga isterinya, Hadijah Shaari, 69, yang sakit.
Dahlan berkata, kini dia dan isterinya hanya bergantung harap kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun bantuan itu tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan kos hidup mereka.
"Kini saya terpaksa berjimat, namun dengan kos hidup sekarang yang semakin tinggi, duit bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan itu memang tidak mencukupi.
"Dengan duit itu, saya bayar rumah sewa RM60 sebulan, bil-bil rumah dan kos perubatan termasuk membeli susu dan lampin pakai buang isteri," katanya.
Menurutnya, isterinya terpaksa memakai lampin pakai buang dan minum susu kerana mengalami masalah tulang rapuh.
"Isteri saya pernah terjatuh sehingga menyebabkan tangan dan kakinya patah.
"Kini dia memang tidak dapat melakukan kerja dan perlu memakai lampin pakai buang kerana tidak mampu ke bilik air.
"Kos untuk membeli lampin mencecah RM500 sebulan," katanya.
Katanya, kini isterinya juga perlu berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Jika anak-anak dan menantu bekerja, saya terpaksa menyewa kereta dengan kos RM25 sehala.
"Dengan perbelanjaan ini, tidak mungkin saya mampu tampung hidup kami dengan wang bantuan JKM kerana saya juga memerlukan ubat-ubatan setiap bulan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian