Meskipun pedas, nampaknya kita harus akui kebenaran yang diluahkan Chef selebriti negara, Chef Wan yang menyifatkan sikap tamak dan gelojoh segelintir umat Islam dapat dilihat dengan mudah pada bulan Ramadhan.
Sebagai seorang Chef yang berpengalaman luas, senario memalukan itu begitu mudah disaksikan ketika mereka berada di buffet Ramadhan di mana ramai yang tidak sabar, berebut-rebut dan enggan beratur untuk mendapatkan makanan di depan mata.
"Mereka sering mengambil makanan dengan banyak ketika di hidangan buffet, tidak mahu beratur tetapi akhirnya tidak mampu menghabiskan makanan tersebut kerana kekenyangan.
"Di rumah sekalipun, ada juga ibu-ibu yang membazir dengan menyediakan makanan sehingga penuh satu meja untuk ahli keluarga tetapi untuk apa?” kata Chef Wan dalam satu kenyataannya.
Chef terkenal itu turut mengingatkan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam yang sedang berpuasa tentang statistik makanan kesihatan yang menyaksikan orang Melayu paling ramai dirawat akibat kencing dan darah tinggi selepas setiap bulan Ramadhan.
Justeru itu, beliau menyarankan supaya umat Islam merubah sikap dengan tidak membudayakan Ramadhan sebagai bulan berpesta makanan, sebaliknya perlu kekal kepada objektif sebenar bulan penuh keberkatan dan menyihatkan itu.
Bagi Kedahnews.com, terdapat kebenaran dalam mesej Chef Wan itu yang perlu kita teliti dan hayati, khususnya terhadap cara kita berpuasa, berbuka puasa atau sahur di mana perlu dihiasi dengan cara berpuasa yang dianjurkan Islam.
Bukanlah beliau berniat untuk memperlekehkan sesiapa dalam hal ini, namun teguran beliau itu sememangnya benar-benar berlaku di depan mata kita sekiranya diperhatikan senario di buffet-buffet Ramadhan di hotel-hotel, khususnya yang mewah.
Paling mengecewakan, sudahlah diambil makanan penuh meja, "dilantaknya" makanan tersebut sekenyang-kenyangnya hingga terlupa solat Maghrib yang wajib, tetapi sibuk pula ajak pulang kononnya mahu mengerjakan solat terawih.
Habis Mahgrib "hilang", Isyak pun "hilang" entah ke mana. Yang wajib tidak dititik beratkan, yang sunat pula yang dikejar. Tapi kalau bercakap bab Islam, dialah yang nombor satu, kan? Wallahu'alam. -Kedahnews.com