Laporan susulan dari sebuah video viral dua pelajar perempuan yang bergaduh di sebuah sekolah baru-baru ini,
kini dikatakan bahawa salah seorang pelajar berkenaan dilapor pula hilang sejak minggu
lepas.
Perkara tersebut telah disahkan oleh ibu pelajar terbabit, Kilijah
Abu Bakar, 45 apabila sejak dua minggu lalu, Nurul Raihan Rahman,16,
didakwanya gagal dikesan.
Menurut ibunya, kehilangan anak gadisnya itu hanya disedari apabila
anaknya itu keluar rumah pada 10 Jun iaitu sehari selepas selepas mereka
sekeluarga pulang dari bercuti ke Pulau Langkawi.
Memetik laporan dari portal FMT, ibu kepada enam orang anak itu
memberitahu sikap anaknya itu berubah serta merta dari seorang yang
ceria kepada seorang yang pendiam dan dikatakan sudah tidak lagi pergi
ke sekolah sejak empat bulan lepas.
“Dia bergaduh dengan rakan kelasnya sehingga terjatuh ke dalam longkang di sekolah ekoran perselisihan faham.
“Apa yang berlaku itu telah diketahui oleh guru disiplin dan tindakan
menukar ke sekolah lain juga telah diambil ke atas rakannya itu,”
katanya yang mendakwa rakan Nurul Raihan itu yang telah memulakan
pergaduhan tersebut.
Bagaimanapun katanya, Nurul Raihan tetap tidak mahu pergi ke sekolah dipercayai masih lagi berasa malu dengan guru serta rakan-rakannya.
“Itu bukan kejadian pertama Nurul diperlakukan sedemikian oleh
rakannya. Sebelum ini dia juga pernah mengalami nasib yang sama tetapi
tidak seperti kali ini hingga dia terjatuh ke dalam longkang,” ujarnya
lagi.
Kilijah berkata, usaha mencari Nurul Raihan di beberapa rumah rakan
yang biasa dikunjunginya juga gagal hingga memaksa mereka sekeluarga
membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan pada 14 Jun lepas.
Susulan kehilangan itu, dia yang kini menderita sakit buah pinggang merayu agar Nurul Raihan, anak kelimanya, pulang segera.
Pulanglah nurul Raihan, gunakan bulan Ramadhan ini untuk memulakan semula hidup yang lebih berharga.
Ingat, emak awak sangat menyanyangi awak, kembalilah kepangkuan keluarga, boleh dik? - Kedahnews.com