ALOR SETAR - Sembilan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) Myanmar dan
Bangladesh yang ditangkap Polis Kedah adalah hasil soal siasat dan
pendedahan oleh pendatang daripada kedua-dua negara itu yang mendarat di
Pulau Langkawi bulan lepas.
Bercakap kepada Bernama Ketua Polis Negeri, Datuk Zamri Yahya berkata tujuh Pati Myanmar dan dua Pati Bangladesh tersebut ditangkap polis semalam di Depot Tahanan Imigresen di Belantik, Sik.
Kesemua Pati itu ditangkap mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
"Ia (tangkapan) bagi menyiasat penglibatan mereka dalam aktiviti pemerdagangan manusia iaitu Pati Myanmar dan Pati Bangladesh ke negara ini," katanya hari ini.
Zamri berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini tentang penangkapan sembilan Pati yang disyaki terlibat dalam jenayah itu di Kedah.
Penahanan itu menjadikan keseluruhan 19 orang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia sejak 10 Mei lepas, termasuk seorang lelaki warga tempatan dan dua warga Bangladesh yang didakwa pada 25 Jun.
Warga tempatan yang ditahan itu disahkan oleh Zamri kepada Bernama beberapa hari lepas sebagai pemilik satu daripada bot yang membawa pendatang terbabit ke Langkawi bulan lepas.
Ditanya adakah sembilan Pati terbabit merupakan tekong yang bertanggungjawab terhadap kemasukan dua buah bot itu ke Langkawi, Ketua Polis Kedah itu berkata, sembilan Pati itu dikenal pasti menguruskan kedatangan bot itu ke negara ini.
"Ikut kefahaman saya, mereka (sembilan Pati) itu disebut oleh Pati lain sebagai menguruskan kedatangan mereka ke negara ini," katanya tanpa mengulas lanjut kerana siasatan sedang berjalan.

Zamri berkata kesemua sembilan Pati terbabit sedang ditahan reman
selama 30 hari bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sik. -
Bernama