Orang kampung bergotong-royong mengangkat struktur rumah kira-kira 150 meter ke lokasi baharu. |
KUBANG PASU - Penduduk Kampung Pering, di sini, terus mempertahankan
tradisi angkat rumah dengan melakukan gotong-royong berkenaan, kelmarin.
Ketua Zon 8 Kampung Pering, Ku Radin Ku Daud berkata, gotong-royong mengangkat struktur rumah ayahnya, Ku Daud Ku Chik, 70, dilakukan hasil kerjasama 60 anak muda di kawasan itu.
"Kami bersama-sama angkat rumah dan mengusung struktur kediaman itu yang dijual kepada seorang jiran kira-kira 150 meter ke lokasi baharu.
"Proses angkat rumah ini perlu menggunakan teknik tertentu, termasuk menggunakan buluh supaya ia boleh dipindahkan dengan sempurna tanpa menjejaskan struktur asalnya," katanya.
Menurutnya, gotong-royong angkat rumah sememangnya terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu satu ketika dulu.
Bagaimana pun, katanya, ia dikhuatiri makin dilupakan dan perlu dipertahankan.
"Ada sebilangan anak muda langsung tidak mengetahui kewujudan tradisi angkat rumah ini.
“Malah, ada juga anak muda yang hanya mendengar tradisi angkat rumah secara lisan dan mereka tidak pernah berpeluang melihat prosesnya," katanya.
Beliau berkata, dengan adanya gotong-royong kali ini, generasi muda bukan hanya boleh melihat proses angkat rumah, malah berpeluang merasai pengalaman melakukan aktiviti berkenaan sendiri.
"Di sini, tradisi angkat rumah tidak pernah dilupakan, sebaliknya sentiasa diamalkan penduduk sejak lebih 20 tahun lalu.
"Ia memainkan peranan penting memupuk nilai kesepakatan antara penduduk dan kami akan terus mempertahankannya ini untuk terus diingati generasi akan datang," katanya.

Sumber: Sinar Harian