Pengerusi Tourism Malaysia: Wee Choo Keong Ganti Ng Yen Yen

Wee Choo Keong
ALOR SETAR - Peguam korporat merangkap bekas ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dilapor kini telah dilantik sebagai Pengerusi Tourism Malaysia bagi menggantikan bekas Menteri, Tan Sri Ng Yen Yen.

Selaku pengerusi baru, Wee dijangka bakal merangka pelan pembangunan pelancongan negara bagi meningkatkan lagi industri tersebut di masa akan datang.

Menurut beliau, tugas yagn digalasnya itu bukanlah satu jawatan yang mudah kerana untuk memulihkan imej pelancongan negara merupakan satu cabaran kepadanya.

“Ia adalah satu kejutan yang benar-benar dihormati.

“Buat masa terdekat ini, saya akan bertemu dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk mendengar amanat dalam menentukan masa depan pelancongan negara.

“Kemudian saya akan himpunkan semua pengarah pelancongan di dalam dan luar negara dan lihat bagaimana cara terbaik kita boleh bergerak ke hadapan,” katanya memetik sebuah portal, semalam. -Kedahnews.com