Lagenda rock tanahair, Datuk Ramli Sarip |
ALOR SETAR - Pihak pengurusan Datuk Ramli Sarip kesal dengan tindakan pihak tertentu yang cuba memperguna nama "papa rock" itu untuk menipu peminat kononnya beliau akan muncul pada pelancaran sebuah saluran radio di Kedah.
Pengurus lagenda rock tanahair itu, Juria Banding berkata, penyanyi itu sebenarnya langsung tidak terlibat dengan acara tersebut dan poster yang menampilkan gambarnya mampu menimbulak kekeliruan di kalangan para peminat beliau di negeri berkenaan.
"Sebenarnya kami tidak tahu mengenai perkara ini sehinggalah dimaklumkan peminat yang keliru dengan acara itu memandangkan Ramli akan mengadakan rakaman nyanyian Dikir Zikir untuk program Astro pada 12 Jun ini di Padang Terap, Kedah.
"Terkejut juga dibuatnya kerana risau jika ada peminat yang sanggup ke acara itu semata-mata mahu berjumpa Ramli, sebaliknya ia hanyalah tipu daya sahaja," katanya yang dipetik dari mStar, semalam.
Difahamkan bahawa satu poster pelancaran iRadio Darulaman FM telah diedarkan yang antara lain mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyertai majlis berkenaan yang bakal diadakan di Taman Jubli Emas Alor Setar, Kedah pada 12 - 14 Jun ini.
Selain imej Ramli Sarip disenaraikan seolah beliau bakal membuat persembahan, nama dan gambar artis lain yang turut dicetak pada poster berkenaan antaranya Adira, Bandi (Amuk), Pak Long, Lan Sutera serta Ferhad Najib.
Selain itu, Juria turut menyifatkan pihak penganjur seakan sengaja mencuba untuk menarik perhatian umum dengan menggunakan nama Ramli.
Kata Juria lagi, perkara seperti yang terjadi itu bukanlah kali pertama berlaku pada Ramli, sebaliknya ramai penganjur yang dikatakan gemar mengambil kesempatan mempergunakan wajah Ramli bagi tujuan promosi majlis anjuran mereka.
"Pada pendapat saya juga, penganjur sengaja meletakkan wajah artis yang tidak terlibat dengan mereka semata-mata mahu mendapatkan penaja.
"Tetapi saya rasa cara itu tidak patut. Apa-apapun, kalau nak guna gambar Ramli, beritahu kami," tegasnya lagi.
Tambah Juria, pihaknya juga ingin mengambil tindakan serius terhadap pihak tertentu yang bertanggungjawab melakukan tindakan tidak beretika itu, namun tidak tahu cara untuk menghubungi penganjur acara berkenaan.
Difahamkan bahawa Ramli kini sedang berada di negara jiran, Singapura, atas urusan kerja. -Kedahnews.com