Nor Azahar menunjukkan laporan polis dan salinan writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar |
ALOR SETAR - Seorang peniaga memfailkan saman terhadap tiga defendan
berhubung status hartanah rizab Melayu sejak tahun 1933 di Mukim
Kedawang, Langkawi dipindah milik kepada sebuah syarikat bukan
bumiputera.
Plaintif, Nor Azahar Zainol memfailkan saman itu Januari lalu di
Mahkamah Tinggi Alor Setar, di mana kes terbabit akan didengar pada 21
Jun depan.
Writ saman difailkan peguam, Ranjit Singh Dhillon melalui Tetuan Ranjit Singh Dhillon & Co.
Nor Azahar selaku plaintif menamakan empat defendan, iaitu pemilik
tanah, Kerajaan Kedah, Pentadbir Tanah Langkawi dan sebuah syarikat
bukan Melayu.
Beliau dalam tuntutannya mahu defendan-defendan mengesahkan sekeping
hartanah di Padang Puteh, Padang Mat Sirat (Langkawi) adalah hartanah
rizab Melayu.
Sebelum itu, Nor Azahar membuat satu laporan polis pada 21 Mei lalu di
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, selain turut membuat laporan
sama di pejabat SPRM Langkawi, tiga hari selepas itu.
Sumber: Sinar Harian