ALOR SETAR - Setelah lebih 15 tahun menyepikan diri dari persada industri hiburan tanahair ekoran mendirikan rumah tangga, ratu dangdut, Amelina, kembali memeriahkan dunia hiburan tempatan hujung tahun lalu.
Sedikit sebanyak, kemunculan semula penyanyi itu dilaporkan telah menerima banyak reaksi daripada peminat yang
merindui kelincahan Amelina di atas pentas, lantas ada yang mengandaikan
genre dangdut akan menyinar kembali.
Dalam perkembangan terbaru, pelantun lagu Asyik itu bakal muncul dengan single berjudul Cinta Harus Seksi sebagai buah tangan terbarunya.
Digubah oleh Ajai dan lirik hasil tulisan Slen, video ‘teaser’ lagu
tersebut telah dimuat naik di ruang Instagram dan di Youtube.
Agak-agaknya, adakah lagu ini bakal meletupkan kembali nama Amelina?
Jika didengar berulang kali, lagu tersebut agak ‘catchy’, bukan?
Difahamkan bahawa lagu tersebut bakal berkumandang di corong-corong radio
dalam tempoh sedikit masa lagi dan sama-sama kita tunggu hasil penerimaannya dari kalangan peminat.