Perdana Menteri Australia, Tony Abbott |
Abbot berkata, beliau kagum dengan kepimpinan yang dipamerkan negarawan Islam seperti (Perdana Menteri) Najib, yang menyifatkan IS sebagai 'menentang tuhan, menentang Islam dan menentang kemanusiaan kita bersama".
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian sidang kemuncak serantau mengenai keganasan di Sydney hari ini.
Abbott berkata, beliau juga kagum dengan Presiden Mesir Abdel-Fattah
el-Sissi, yang baru-baru ini memberitahu para imam di Universiti Al
Azhar, Kaherah bahawa Islam amat memerlukan 'revolusi keagamaan' untuk
mengubah pemikiran silap yang wujud sejak berkurun-kurun lepas.
Dalam ucapan yang disiarkan ke seluruh negara melalui televisyen itu,
Abbott berkata IS menyebarkan cengkamannya hingga di luar sempadan Iraq
dan Syria dengan matlamatnya untuk menguasai seluruh dunia.
Beliau memberi amaran bahawa kumpulan itu kini berusaha untuk menyebarkan ideologi ganasnya ke Asia Selatan dan wilayah lain.
"Kita semua telah melihat di kaca televisyen perbuatan memancung
kepala, menyalib, melakukan pembunuhan beramai-ramai dan perhambaan seks
oleh IS, sebahagian besarnya terhadap orang Islam di Timur Tengah.
"Itulah yang akan dilakukan puak pembunuh ini terhadap sesiapa sahaja
sekiranya mereka berkuasa. Ini bukan keganasan yang dilakukan akibat
perasaan tidak puas hati di peringkat tempatan, tetapi kegansan yang
mempunyai cita-cita di peringkat global," katanya pada majlis yang
dihadiri para pemimpin serantau itu.
Beliau berkata, IS memberi mesej mudah kepada setiap orang dan kerajaan iaitu: menyerah diri atau mati.
"Perisytiharan tentang pemerintah khalifah, yang walaupun kelihatan
tidak munasabah, adalah suatu pernyataan tentang niat mereka untuk
menguasai dunia.
"Anda tidak boleh berunding dengan entiti seperti ini, anda hanya patut memeranginya," kata beliau.
"Anda tidak boleh berunding dengan entiti seperti ini, anda hanya patut memeranginya," kata beliau.
Persidangan dua hari yang disertai 27 menteri dan para pegawai dari
rantau ini bertujuan berkongsi pengetahuan tentang cara untuk memerangi
ideologi pelampau yang disebarkan IS, di samping meningkatkan kerjasama
serantau.
Para eksekutif daripada Google, Twitter dan Facebook juga menghadirinya
untuk cuba menyekat golongan muda daripada terpengaruh dengan ideologi
radikal melalui kempen IS secara dalam talian, yang menyiarkan kira-kira
100,000 bahan propaganda setiap hari. - Bernama