Power Rangers Serbu Majlis Perkahwinan Ameerul - Nawwal

Perkahwinan bertemakan "Power Rangers"
Anda merupakan peminat Power Rangers? Mungkin ramai masih lagi teringat lagi zaman kecil-kecil dahulu, apabila tepat sahaja pukul 7.00 malam pasti sudah terpacak di hadapan televisyen bagi menonton siri adiwira tersebut.

Semestinya rancangan aksi ini memberi kenangan manis buat ramai kanak-kanak di zaman 90-an, bukan?

Namun, pernahkah anda terfikir untuk menjadikan rancangan penuh aksi ini sebagai tema perkahwinan?

Buat kedua pasangan pengantin baru Ameerul dan Nawwal, majlis persanding kedua pasangan ini meriah dengan kehadiran Adiwira Power Rangers sebagai tema di majlis perkahwinan mereka, pada Sabtu lalu.


Kesemua ahli-ahli Power Rangers ini dilihat menceriakan suasana majlis dengan menjadi ‘pengawal’ buat kedua pasangan mempelai di hari bersejarah itu.

Menurut salah seorang pemakai kostum, Alexander Sia Eng Her, Ameerul yang merupakan pengantin lelaki adalah ahli Tokusatsu Malaysia, iaitu sebuah komuniti cosplay Adiwira.

“Hari ini merupakan hari perkahwinan salah seorang ahli kami, jadi kami mengumpul semua ahli yang lain untuk memberikan kenangan manis buat mereka,” katanya Alexander di laman Facebooknya.


Bagaimana? Adakah tema gambar perkahwinan dari pasangan ini memberikan sedikit inspirasi buat tema perkahwinan anda?

Siapa tahu selapas ini mungkin watak-watak superhero dari  filem Avengers pula akan dijadikan tema buat majlis anda, heh.

Keunikan buat kedua pasangan ini sememangnya merupakan satu perkara yang luar biasa.


Apa yang jelas ialah keberanian dan keyakinan melakukan sesuatu perkara yang baru walaupun dilihat agak bertentangan dengan konsep perkahwinan menurut adat resam dan budaya bangsa Melayu di negara kita.

Apapun, Kedahnews.com mengucapkan selamat pengantin baru bagi kedua pengantin tersebut dan semoga berkekalan hingga ke anak cucu, serta diberkati hidup mereka di dunia dan akhirat. -Kedahnews.com