Rahim ditemani oleh Jep dan Shuib (Sepahtu) ketika dia dimasukkan ke Hospital Jengka pada malam Sabtu lalu akibat sesak nafas. Foto Ihsan Instagram JEPSEPAHTU. |
"Sebenarnya ia tidak begitu serius cuma sewaktu selesai mengadakan
persembahan saya mengalami masalah sukar untuk bernafas akibat daripada
gastrik.
"Selepas melihat keadaan saya begitu, mereka segera menghantar saya ke
hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi
mStar Online, semalam.
Rahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambarnya yang
tersebar menerusi media sosial dalam keadaan terbaring di wad kecemasan
sebuah hospital.
Sepahtu bergambar bersama aktres Fazura ketika Konsert Jelajah Sepahtu yang diadakan di Kompleks Sukan Jengka. |
Tambah Rahim, selepas melakukan pemeriksaan, doktor menjelaskan punca
masalah itu berpunca daripada pemakanan tidak menentu sehingga
menyebabkan gastrik dan sesak nafas.
"Doktor turut melakukan pemeriksaan jantung dan mengambil darah,
Alhamdulillah tiada apa yang serius cuma ia mungkin disebabkan oleh
penat dan makan yang tidak menentu.
"Ia juga berlaku disebabkan perasaan terlebih gemuruh untuk mengadakan
persembahan kerana ini adalah konsert jadi ia sedikit sebanyak memberi
tekanan kepada diri saya," katanya.
Dalam pada itu, Rahim berkata, masalah yang berlaku itu tiada kaitan
dengan masalah jantung seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak.
Malah katanya, kejadian serupa pernah menimpa dirinya ketika sedang menjalani penggambaran sebelum ini.
Jep memuat naik gambar ketika bersama Rahim di hospital. |
"Ini merupakan kali kedua kejadian sama berlaku tetapi ia tidak seteruk sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital.
"Doktor juga ada menasihatkan saya supaya makan mengikut masa serta tidak begitu tertekan selain perlu mendapatkan rehat yang cukup supaya kejadian berkenaan tidak berlaku lagi," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Rahim berkata, dia kini sedang sibuk menjalani pengambaran filem Raja Kapcai bersama barisan pelakon Fad (Bocey), Shuk (Balas) dan Serina Redzuawan. -mStar