Hizammuddin (kanan) dan Muhammad Aidil sedang mencuci masjid. |
ALOR SETAR - Ibadah puasa dianggap bukan halangan bagi tiga anak muda
meneruskan Kembara Berjalan Kaki 1Semenanjung Malaysia mencuci masjid
terpilih.
Anas Aiman Jaffry, 27, berkata, kedatangan bulan mulia berkenaan dirasakan langsung tidak membatasi hasrat melakukan kerja amal mencuci masjid itu.
“Malah, kami semua termasuk adik, Muhammad Aidil, 24, dan rakan kami, Muhd Hizammuddin Aliddin, 25, sudah bersedia menempuhi bulan puasa ini.
“Bezanya, kami cuma mengambil langkah memendekkan jarak perjalanan dari 40 kilometer (km) kepada 20 km sehari ketika bulan Ramadan,” katanya.
Selain itu, Anas berkata, mereka mula berjalan kaki menuju ke destinasi pilihan selepas bersahur bagi memastikan sampai sekitar jam 11 pagi untuk mencuci masjid.
Kini, katanya, mereka berada di Alor Setar selama beberapa hari untuk mencuci masjid terpilih antaranya termasuk Masjid Zahir sebelum bergerak ke Jitra Jumaat nanti.
Anas berkata, Masjid Zahir antara 83 masjid terpilih dalam Kembara Berjalan Kaki 1Semenanjung Malaysia dalam tempoh 152 hari.
Katanya, walaupun berkemungkinan terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa keluarga di sisi tahun ini, namun ia tidak mematahkan semangat mereka.
“Tahun ini, kami bertiga mungkin perlu beraya di Sungai Petani atau Perlis. Meskipun, kami merindui keluarga masing-masing, tetapi kami tetap ingin menunaikan impian ini,” katanya.
Dalam pada itu, dia bersyukur walaupun kembara mereka tidak ditaja, namun rezeki mereka boleh dianggap murah kerana makan minum mencukupi melalui bantuan orang ramai.
Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah Kedah, Amirul Syahir Musa berkata, pihak mereka menyokong usaha murni tiga anak muda itu.
Katanya, kerja amal itu boleh dijadikan contoh kepada anak muda lain.
Bagi mereka berhasrat menyumbang kepada anak muda ini boleh hubungi Anas (017-8723891) ataupun melalui akaun CIMB 12051419414523 (Anas Aiman Jaffry).

Sumber: Sinar Harian