Rani Kulup Bakal Bergelar Pelakon Filem?


SIAPA yang tidak kenal dengan empunya nama Abdul Rani Kulup, yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bukan sahaja diiktiraf sebagai ‘Raja Report Malaysia’,  kerana gemar membuat laporan polis tentang pelbagai isu negara malah diangkat antara individu paling popular menerusi media sosial.

Semuanya gara-gara tagline #kipidap (keep it up) yang menjadi ikutan dan siulan ramai hingga mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Seperti semua maklum, Rani Kulup bukanlah calang-calang individu kerana beliau merupakan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) yang juga seorang veteran tentera.

Namun, tiada siapa yang menyangka Rani Kulup sebenarnya mempunyai bakat yang terpendam dalam bidang lakonan.

Buktinya, sebuah video yang merakam Rani Kulup sedang menjalani penggambaran dengan memakai uniform kebiasaannya tersebar menerusi laman Facebook.


Tidak pasti pula sama ada Rani Kulup menjadi pelakon iklan, drama, atau filem.

Bagaimanapun, ramai yang meneka itu adalah rakaman bagi iklan raya berikutan beberapa lelaki dilihat lengkap mengenakan baju Melayu.

Jika benar dakwaan ramai tentang video yang sedang tersebar ini, tidak sabar pulak melihat aksi Rani Kulup di kaca televisye, kan? -Kedahnews.com