ALOR SETAR - Di waktu cuti-cuti sekolah begini, bermacam-macam juadah seperti kuih-muih, kek dan pisang goreng panas mungkin mampu mengecurkan air liur para pembaca, kan?
Tidak dinafikan, pizza turut menjadi kegemaran dan pilihan orang ramai untuk dinikmati tanpa mengira waktu.
Justeru itu, Kedahnews.com kongsikan resepi pizza yang semudah A, B, C ini buat para pembaca sekelian, khususnya kaum ibu yang mungkin tercari-cari idea untuk menyediakan juadah buat keluarga tersayang.
Menariknya, resepi mudah membuat pizza ini tidak memerlukan tepung dan tidak perlu bersusah payah menguli roti!
Bahan-bahannya adalah:
1. Roti Gardenia
2. Tomato puri
3. Cheddar cheese/ Mozarella cheese
4. Sosej/ Ayam
5. Cendawan butang
6. Lada banggala
Cara-caranya adalah:
1. Susun roti dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti di bakar nanti.
2. Sapu tomato puri pada roti dan letakkan kepingan cheddar cheese.
3. Letak sosej, ayam (siap rebus), cendawan butang dan lada banggala mengikut selera anda.
4. Taburkan mozarela cheese untuk buat rasa lebih mengancam.
5. Bakar pizza dalam oven lebih kurang 15 minit.
Meskipun pizza merupakan sejenis makanan yang berasal dari Itali, namun juadah ini sangat
popular dan begitu diminati di seluruh dunia termasuk di negara kita.
Cubalah bakat dan kreativiti anda mencipta resepi pizza anda sendiri dengan kaedah ini. -Kedahnews.com