Respon Pemilik Me'nate: Bandingkan Akhlak Antara Diva AA Dengan Chef Mus

Chef Mus meraikan Nur Azira sekeluarga bergambar bersama ketika hadir menerima pelawaan berbuka puasa di Me'nate Steak Hub, Ampang, baru-baru ini.
Belum lagi surut kontroversi yang melanda selebriti sensasi, Haji Azwan Ali, nampaknya isu dia memaki hamun seorang peminat dan restoran makanan barat terkenal Me'nate Steak House makin hangat diperkatakan.

Mungkin tidak puas mencerca Nur Azira sebelum ini, Haji Azwan Ali turut mensasarkan serangan peribadi kepada pemilik restoran stik tersebut, Chef Mustaffa Othman.

Berikut adalah komen-komen dari Haji Diva AA ni di ruang media sosialnya dan para peminat boleh nilai sendiri citarasa "lidah" selebriti yang pernah mengacara slot program Melodi di TV3 itu, seolah mengenepikan dosa dan pahala, khususnya di bulan Ramadhan, bukan?



Status-status yang dimuat naiknya itu penuh dengan caci maki dan kata-kata kesat yang ditujukan kepada pemilik restoran berkenaan, individu wanita bernama Nur Azira Wazi Azman dan golongan "haters"nya.

Akibatnya ramai warga netizens tampil menghentam Azwan dengan pelbagai gelaran dan mengutuk keras tindakan dan kekerasan hatinya yang hingga kini tidak mahu mengaku bersalah, terlanjur kata mengeji hamba Allah yang lain.

Menariknya, pemilik Me’nate telah mula memberikan reaksi sebagai respon terhadap kutukan Haji Azwan itu, juga di laman sosial rasmi restoran steak tersebut.

Mengujakan, Chef Mus langsung tidak membalas makin hamun yang dihamburkan Azwan terhadapnya, malah dia mengambil pendekatan yang jauh lebih matang dan terhormat dalam menyelesaikan isu remeh itu.


Hakikatnya, meskipun Chef Mus langsung tidak bersalah dalam insiden yang berlaku di antara Haji Azwan dan Azira, namun Chef Mus sanggup memohon maaf atas insiden berkenaan.

"Untuk Saudara Azwan Haji Ali & Cik Nur Azira Wazi Azman saya khususnya MEMOHON JUTAAN MAAF dari kamu berdua, juga pada seluruh warga MAYA yang secara tidak langsung telah menghamburkan segala kata kesat pada Saudara Azwan Ali & Cik Nur Azira Wazi Azman, saya mohon kemaafan pada semua, juga menyeru seluruh warga MAYA agar hentikan segala kata-kata serta cacian demi kebaikan semua," tulis pemilik Me'nate Steak House itu.

Tutur bicara Chef Mus yang berhemah dan bahasa yang digunakan beliau dipuji ramai netizen, malah tindakannya memohon maaf kepada Azwan turut dikagumi ramai pihak yang mengikuti perkembangan kontroversi ini. -Kedahnews.com