Rombakan Kabinet: Jokowi Bakal Pecat Menteri Gagal KPI @FaazFitriah

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi)
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sememangnya cukup sinonim dengan kepimpinannya yang tegas dalam mempertahankan hak-hak negara demi rakyatnya.

Terbaru, Jokowi dilaporkan bakal melakukan rombakan kabinet menterinya, di mana beberapa menteri dan pegawai kanan kerajaan akan dipecat kerana gagal mencapai prestasi yang ditetapkan.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Setiausaha Kabinet beliau, Andi Widjajanto baru-baru ini.

Difahamkan bahawa Presiden Indonesia meluahkan rasa kecewa terhadap ekonomi negara dan keputusan kerajaan yang gagal dilaksanakan sekali gus membayangkan untuk menilai semula barisan Kabinetnya.

Sekiranya keputusan itu diambil, Jokowi bakal merompak semula Kabinet meskipun baru setahun berkuasa.

“Jokowi sudah menegaskan sekiranya kehendaknya dalam pentadbiran tidak dilaksanakan secara serius, beliau tidak teragak-agak untuk menggantikan pegawai yang terbabit.

“Tunggu tidak lama lagi kerana ada pegawai yang akan dipecat,” kata Widjajanto. -Kedahnews.com