Rumah anak yatim masih belum berpenghuni. |
Pengerusi Pengurusan Rumah Anak-anak Yatim Yayasan Bunga Raya cawangan Kedah, Mohd Suberi Salleh berkata, rumah anak yatim di Sungai Baru Gunung itu dibina dengan kos dianggarkan sebanyak RM180,000 melalui sumbangan sebuah yayasan.
Menurutnya, idea membina rumah anak yatim untuk menempatkan penghuni perempuan terdiri daripada anak yatim sudah lama tercetus demi kebajikan dan masa depan lebih cerah.
"Mereka bukan hanya ditempatkan di kediaman anak yatim ini, malah kos sara hidup dan persekolahan turut dibiayai supaya mereka tidak tercicir dalam pelajaran.
"Tapak rumah anak yatim ini dibina di atas tanah yang diwakafkan Pengerusi Yayasan Bunga Rasa Pusat, Ahmad Shaari untuk dijadikan rumah perlindungan," katanya.
20 anak yatim diperlukan
Bagaimanapun bendaharinya, Harun Khamis berkata, rumah anak yatim
berkenaan masih belum memiliki penghuninya semenjak ia siap bulan lalu.
"Kami memerlukan seramai 20 penghuni perempuan tidak memiliki bapa atau ibu mahupun kedua-dua sekali berusia antara tujuh hingga 15 tahun.
"Rumah anak yatim berkenaan dijangka akan beroperasi selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, apabila bilangan anak yatim diterima mencukupi," katanya.
Kelengkapan mencukupi
Setiausahanya, Ahmad Zaki Hashim berkata, pihak mereka sudah melantik dua penyelia sepenuh masa untuk tinggal bersama anak yatim berkenaan.
Menurutnya, dua penyelia berkenaan tidak hanya menguruskan urusan makan minum penghuni, malah hal pembelajaran dan penghantaran ke sekolah turut dilakukan.
"Rumah anak yatim berkenaan dilengkapi beberapa kemudahan seperti katil dua tingkat, sebuah bilik solat, sebuah bilik makan dan sebuah bilik serba guna untuk kegunaan penghuni.
"Mana-mana ibu mahupun bapa tunggal tidak berkemampuan menampung kos sara anak mereka dinasihatkan menghantar anak mereka ke rumah anak yatim itu," katanya.
Keluarga penghuni tidak perlu bimbang mengenai kos kewangan memandangkan pihak rumah anak yatim akan membiayai segala kos mereka.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi melalui talian 019-4457273 (Suberi), 019-4425747 (Harun) dan 013-3119810 (Ahmad Zaki).
Sumber: Sinar Harian