PETALING JAYA – Kerajaan negeri Selangor pada Rabu mengumumkan
pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Aidilfitri kepada penjawat
awam di negeri ini.
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pemberian bonus itu
melibatkan seramai 17,534 kakitangan berkelayakan yang berkhidmat di
Selangor.
“Imbuhan tahunan ini adalah bagi menghargai khidmat yang diberikan
oleh semua penjawat awam negeri dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan
negeri secara profesional dan berintegriti ke arah ‘Pembangunan
Berkualiti, Rakyat Dipeduli’,” katanya menerusi kenyataan di sini.
Pembayaran bonus itu akan dibuat pada 9 Julai depan. – mStar