Mungkin sudah lumrah manusia yang sememangnya tidak sempurna dan begitu juga undang-undang ciptaan manusia yang kadang kala agak pelik dari sudut logik atau moral manusia.
Dan mungkin juga tidak ramai yang tahu mengenai beberapa undang-undang ciptaan British yang pernah dikuatkuasa di negara mereka suatu ketika dahulu.
Jadi, siapa kata bangsa penjajah itu "bijak" sangat jika hendak dibandingkan dengan hukum Allah SWT?
Cuba rujuk 10 undang-undang British di bawah;
Di bawah Akta Polis Metropolitan 1839, diharamkan untuk minum sehingga mabuk di dalam premis kelab dan pub.
2. Diharamkan menyanyikan lagu Happy Birthday di restoran.
Ini kerana lagu tersebut merupakan hak cipta terpelihara penciptanya,
jadi ia dihalang dinyanyikan di mana-mana premis awam kerana melanggar
akta hak cipta.
3. Tidak dibenarkan meluncur salji.
4. Tidak dibenarkan membunyikan hon semasa memandu.
Jika ditangkap melakukan kesalahan ini dan walaupun anda hanya mahu memberi amaran
atau sebagainya, orang yang membunyikan hon itu akan disaman sekiranya
perbuatan itu diketahui pihak berkuasa.
5. Tidak dibenarkan membawa peralatan membina bangunan di jalanan.
6. Mesti membersihkan cermin dan tingkap kereta daripada timbunan salji sebelum memulakan perjalanan, jika tidak, anda boleh didenda sebanyak £1,000 (RM5,737).
7. Tidak dibenarkan berjual beli perniagaan ikan salmon mengikut Akta Salmon 1986.
8. Jika kenderaan anda tersadai atau rosak di perjalanan, mesti
meninggalkan binatang peliharaan atau anjing dalam kenderaan tersebut
sementara anda mendapatkan bantuan.
9. Tidak boleh menconteng wang kertas.
10. Tidak dibenarkan bermain layang-layang di tempat awam.
Mungkin dengarnya tidak masuk akal, namun itulah peraturan zaman dahulu kala yang mungkin sudah dimansuh atau dipinda mengikut peredaran zaman. - Kedahnews.com