Senarai Baru Pesuruhjaya PAS Negeri, 6 Nama Besar Tersingkir


KUALA LUMPUR – PAS Pusat mengambil langkah drastik dengan menukar sebanyak enam pesuruhjaya PAS negeri bagi sesi 2015-2017.

Pejabat Presiden PAS dalam satu kenyataan memberitahu, enam negeri bertukar Pesuruhjaya PAS itu diputuskan dalam mesyuarat PAS baru-baru ini.

Enam negeri berkenaan ialah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang serta Pahang.
Berikut adalah senarai pelantikan Pesuruhjaya Negeri:

1. Kelantan – Datuk Ahmad Yaakob (kekal)
2. Terengganu – Satiful Bahari Mamat (kekal)
3. Perlis – Shukri Ramli (kekal)
4. Perak – Razman Zakaria (kekal)
5. Selangor – Datuk Iskandar Abdul Samad (kekal)
6. Sabah – Paumin@ Aminuddin Aling – (kekal)
7. Sarawak – Adam Ahid (kekal)
8. Wilayah Persekutuan – Haji Mohammad Nor Mohamad (kekal)
9. Melaka – Ustaz Kamarudin Sidek (baharu)
10. Kedah – Datuk Ir Amirudin Hamzah (baharu)
11. Johor – Datuk Dr Mahfodz Mohamad (baharu)
12. Pulau Pinang – Ustaz Mohd Fauzi Yusof (baharu)
13. Pahang – Ustaz Rosli Jabar (baharu)
14. Negeri Sembilan – Ustaz Mustafa Daharun (baharu)

Turut difahamkan bahawa pertukaran Pesuruhjaya PAS negeri terbabit sebagai usaha berterusan parti itu untuk membasmi anasir-anasir pro-DAP dan PKR dalam parti itu terutama di selatan tanah air. 

Hubungan PAS dengan dua rakan sekutunya disifatkan bagai "telur dihujung tanduk". -Kedahnews.com