Skydiving: Mayat Aktres Jelita Korea Hancur Ketika Ditemui

Mendiang Jung In Ah
Persoalan mengenai kehilangan pelakon dan model cantik Korea, Jung In Ah, yang dilapor beberapa hari lalu akhirnya terjawab apabila mayat mangsa ditemui di perairan sebuah pantai berdekatan daerah Goheung, Korea, Selasa lalu.

Berita menyayat hati ini menjadi topik hangat dan menarik perhatian ramai peminat hiburan Korea di Internet.

Menurut laporan media Korea, aktres jelita ini dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti payung terjun atau skydiving pada 13 Jun lalu.

10354779_1164973866850039_4198243195330574614_n

Difahamkan bahawa kehilangan aktres itu disedari selepas beberapa minit memulakan penerbangan yang bertujuan untuk melakukan aktiviti lasak tersebut.

Berikutan itu, misi pencarian segera dijalankan sebelum mayat In Ah ditemui bersama payung terjunnya terapung di pantai berhampiran, tiga hari kemudian.

Laporan siasatan turut mendakwa mayat pelakon itu ditemui dalam keadaan hancur.

Pihak berkuasa percaya cuaca buruk mengakibatkan mangsa mengalami kesulitan untuk melakukan pendaratan.

Turut dimaklumkan bahawa majlis pengebumian In Ah dijadualkan berlangsung esok.-Kedahnews.com