Keadaan sebahagian bangunan rumah kedai dua tingkat yang terbakar |
SERDANG - Sebuah rumah kedai hampir hangus apabila tingkat dua bangunan
itu di Pekan Serdang, Bandar Baharu dekat sini, terbakar, baru-baru ini.
Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu memusnahkan hampir 30 peratus tingkat dua bangunan rumah kedai berkenaan yang dipercayai dijadikan tempat penyimpanan barangan jualan.
Ketua Operasi, Pegawai Bomba Shukri Ahassan berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada orang awam kira-kira jam 12.48 tengah hari.
“Setibanya anggota bomba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai di tingkat dua bangunan.
“Api berjaya dipadamkan beberapa minit kemudian daripada terus merebak dan tiada mangsa terlibat,” katanya.
Tambahnya, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber: Sinar Harian