SESUNGGUHNYA, wanita adalah makhluk yang begitu istimewa dan
sebaik-baik ciptaan Allah SWT, sehinggakan di dalam Al-Quran sendiri
terdapatnya surah yang diturunkan khas buat wanita iaitu surah An-Nisa.
Hebatnya wanita juga dinilai dengan ketabahannya menanggung kesakitan
ketika bersalin yang dikatakan bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak.
Malah, perkongsian daripada seorang pelajar perubatan, Hafizsuratman
menerusi laman Instagramnya tentang saiz uterus atau rahim wanita juga
bakal mengejutkan anda.
“Ini adalah normal saiz uterus perempuan.Semoga perkongsian Hafizsuratman membuatkan kita lebih menghargai ibu serta isteri kepada anak-anak anda.-Kedahnews.com
Tapi percaya tak, Subhanallah, uterus kecil inilah yang akan membesar dan hold baby dan placenta (uri) sekali. Boleh kembang besar berpuluh-puluh kali ganda sampai boleh hold baby yang twin sampai 7 8 twin sekali macam yang jadi kat USA dulu. Bayangkan… Yeap, women is a pretty amazing creatures.
Dan di organ kecil inilah bakal lahirnya mujahid dan mujahidah agama, yang soleh dan solehah yang lahirnya hanya dari rahim2 ibu yang solehah. Teringat kalam Wali Allah Al Qutub Sheikh abdul Qader Al Jilani ra, “Wali Allah hanya akan lahir dari riba2 ibu yang solehah”.
Maka sayangilah ibu2 anda. Saya tak boleh bayang dengan organ kecik macam ni boleh tanggung anak2 selama lebih 9 bulan dalam perut. Sayangi ibu anda. Sayangi isteri kepada anak-anak anda. Rindu ibu.. huhuhu. Sebab pengorbanan inilah, tiada langsung hijab doa antara ibu kepada Allah. Lebih makbul dari doa seorang Sheikh pada anak muridnya”.