Syed Ali Al-Habshee Kini Ketuai Perbadanan Nasional Berhad

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee sah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang baharu berkuat kuasa semalam

PNS dalam satu kenyataan media memberitahu, PNS adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Beliau Syed Ali tidak asing dalam dunia korporat dan politik kerana beliau turut memegang jawatan sebagai lembaga pengarah agensi kerajaan dan badan berkanun.

“Antaranya Tourism Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Yayasan Wilayah Persekutuan,” kata kenyataan itu hari ini.

Syed Ali dalam kenyataan sama berkata, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi kepercayaan ke atasnya untuknya menerajui PNS.

Justeru, beliau berharap dapat meneruskan legasi pentadbiran PNS dan tadbir urus korporat yang baik ke tahap lebih cemerlang.

Syed Ali mennggantikan Datuk Idris Hashim yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi PNS selama enam tahun. -Kedahnews.com