Gambar Hiasan |
Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dilapot telah menangkap seramai 18 individu beragama Islam gara-gara tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai.
Menurut Ketua Penguatkuasa Penolong Pengarah Siasatan Bahagian
Penguatkuasaan JAWI, Anuar Hakim Mohd Salleh, kesemua individu itu
ditahan di beberapa restoran sekitar ibu negara dalam satu operasi khas
yang dilakukan dalam bulan Ramadan.
“JAWI mengadakan operasi salah laku bulan Ramadan pada hari ini dan
kita telah pergi pada dua premis yang pertama di Wangsa Maju kita
mendapati salah seorang pekerja di restoran tersebut sedang menghisap
rokok secara terbuka di khalayak ramai.
“Manakala di lokasi kedua (sebuah restoran di Jalan Tun Razak) di
mana di sini kita telah mendapati ramai orang awam sedang makan secara
terbuka dan ada juga yang sedang merokok di sini kita telah mengeluarkan
enam perintah hadir dan di lokasi pertama iaitu satu surat perintah
hadir,” katanya memetik Astro Awani.
Mereka yang ditangkap akan disiasat mengikut seksyen 15 A dan B Kesalahan Jenayah Syariah, Wilayah Persekutuan 1997.
Mereka boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM1,000 ataupun penjara tidak lebih daripada enam bulan