Ahmad (kanan) menerima durian dari pemilik dusun sebelum dijual ke luar kawasan. |
KUALA NERANG - Harga durian di daerah ini dikatakan jatuh merudum gara-gara lambakan raja buah berkenaan di pasaran.
Peniaga, Ahmad Jasin, 70, dari Kampung Padang Balai, berkata, musim durian tahun ini tidak membawa keuntungan besar kerana kemuncak durian luruh jatuh pada bulan Ramadan.
Menurutnya, berbanding tahun lalu, kemuncak raja buah itu luruh pada pertengahan Ramadan menyebabkan harga durian mulai pulih kembali selepas hari raya.
“Bagaimanapun tahun ini, lambakan akan lebih serius apabila buah luruh di awal Ramadan. Kini harga yang saya ambil dari penduduk ialah RM1.20 dan menjualnya pada RM1.60 sekilogram.
“Pengeluaran durian yang semakin bertambah setiap hari ini sudah pasti menyebabkan harga turun lebih teruk sebelum berakhirnya Ramadan nanti,” katanya yang berniaga selama 40 tahun.
Ahmad Awang, 65, dari Kampung Kubu pula berkata, dia mengambil inisiatif menghantar durian berkenaan ke pasaran luar bagi mengelak lambakan.
“Mungkin seminggu lagi pengeluaran durian akan bertambah lagi dan sudah pasti ini akan membingungkan pemborong durian bagi menjualnya.
"Sekarang ini setiap hari saya akan mengumpul sebanyak 400 hingga 800 kilogram durian dan sudah pasti beberapa hari lagi pengeluaran akan bertambah lagi,” katanya.
Katanya, penjual tidak boleh mengharap kepada jualan runcit sebaliknya perlu memasarkan ke kawasan luar.
“Kini pemborong dari luar juga sudah mula datang mengambil durian dan ini dapat membantu peraih durian dari dibebani lambakan durian.
"Bagaimanapun masalah lambakan pasti terjadi kerana masih banyak lagi durian di dusun sekitar daerah ini belum luruh lagi,” katanya.

Sumber: Sinar Harian